
|
Bonjour!
Hey ! Good days to you!
Tagboard
Footprints here!
center>
Credits Basecode: Nadya. Full edit: SitiSyuhadah Re-Edit by: Qis
| Ramadhan Kembali Lagi !
Assalamualaikum! Tak jawab dosa^^ Fuyyoo...Ramadhan kembali lagi...Sekejap saja dah nak puasa lagi?Cepat sungguh masa itu berlalu..Sebab tu Masa Itu Emas ...Korang puase ke tak ? Tak puasa?! Astaghfirullah..Dah besar panjag pon tak puasa jugak ye...Lain lah kalau budah 6 tahun..Ada jugak bila orang tanya die jawab ... Nak tahu ke? "Puasa ke tak tahun ni?" "Puasa..Tapi setengah hari je..Hehehe" Boleh pulak die jawab macam tuh ..Padahal bukan budak 6 tahun lagi..Dasyat tuh.. Tapi yg penting PUASA!! Berbuka nanti korang nak makan apa? Qis nak makan Ayam goreng,Nasi goreng,Murtabak,Ayam Percik, dan macam - macam lagilah .. *Jangan meleleh pulak air liurkorang, Nanti tak ada sape sape pon nak lapkan tuk korang! Ish , Banyak-nya yg Qis nak makan masa berbuka nanti! Tak elok kawan kawan sekalian..Beli makanan yg di Bazar Ramadhan tuh,Jgn banyak sangat..Klau tak habis peti ais tuh disumbat ngan makanan yg tak habis tuh! Haish...Membazir betol lah korang nih...Membazir itu amalan Syaitan.. Ini Qis nak suruh korang baca artikel yang dasyat ini..Baca sampai habis tahu!Kalau dah malas sangat nak baca, Di sini Qis pastekan sebahagian daripada artikel yg dasyat itu...Bahagian yg penting sahaja.. Sempena kedatangan Ramadhan 1431H, PM membuat perutusan kepada umat Islam melalui portal 1Malaysianya. Dalam perenggan ke 15 perutusannya dicatat: ‘Di samping itu, saya ingin mengingatkan agar kita tidak melakukan pembaziran dan belanjalah secara berhemah pada bulan ini terutamanya sebelum tiba Syawal nanti. Ini bagi mengelakkan kita dari menanggung hutang dan kesusahan pada keluarga kita menjelang Aidilfitri kelak.’ Itu baru sikit ada lagi.. Membazir dalam semua konteks dan peringkat adalah haram, samada peribadi, keluarga, masyarakat, agensi kerajaan/swasta. Kalau dalam perkara wuduk di tepi sungai pun Nabi ingatkan Sahabatnya supaya jangan membazir, apatah lagi pembaziran itu melibatkan kewangan keluarga. Tapi ini hanya melibatkan satu keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan beberapa orang anak. Lagipun harta itu hartanya. Bagaimana pula dengan harta negara dan rakyat yang dibazirkan beratus juta ringgit melalui projek-projek mega tak bermanfaat kepada majoriti rakyat, perbelanjaan boros tanpa sempadan dan salahguna kuasa dalam mengurustadbir harta negara? Bukan sahaja menanggung hutang, paling menakutkan jika negara bankrap dengan sebab pembaziran itu. Kalau saudara yang rajin, search sendiri dalam internet, berlambak ditemui artikel tentang pembaziran oleh kerajaan BN-dari belanja peribadi hinggalah belanja sesuatu projek atas nama pembangunan untuk rakyat. Di bawah hanya sebahagian darinya: (2008) Terkini Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Zulhasnan Rafique dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) memberitahu penyelenggaraan bulanan landskap di Putrajaya menelan belanja mencecah RM1.5 juta atau RM18 juta setahun. Katanya sejumlah 29 kontraktor landskap yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi Projek Seni Taman telah dilantik bagi menjalankan penyelenggaraan landskap mengikut pembahagian zon penyelenggaraan. Zon penyelenggaraan lanskap di Putrajaya dibahagikan kepada taman-taman, Jalan-jalan Protokol, Persiaran Perdana, Sisiran Putrajaya dan Presint-presint Kejiranan, katanya dalam jawapan bertulisnya itu. Sementara itu, berikut adalah senarai jumlah yang dianggap sebagai ‘pembaziran’ projek mega oleh kerajaan BN yang pernah disiarkan oleh beberapa laman web dan blog sebelum ini antaranya ialah: 1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM240 bilion 2. Pembangunan Koridor Utara RM160 bilion 3. Pembangunan Koridor Pantai Timur RM170 bilion 4. Pembangunan Koridor Sabah RM115 bilion 5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang RM24 bilion 6. Jambatan Pulau Pinang ke dua RM3 bilion Jumlah keseluruhannya RM712 bilion Menurut laporan sepanjang 22 tahun mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed telah berbelanja sejumlah RM350 bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi yang baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih RM700 bilion. Jumlah pembaziran dan penyalahgunaan wang rakyat yang telah dilakukan sepanjang era Abdullah menjadi Perdana Menteri sebelum rakyat memilih sekali lagi BN dalam pilhan raya umum akan datang:- 1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS – RM1,550.000.002. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS (belia dan Sukan) – RM8,390,000.00 3. Kos memperbaiki MRR 2 – RM70,000,000.00 4. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade – RM120,000,000.00 5. Pembelian jet baru Abdullah – RM200,000,000.00 6. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok – RM257,000,000.00 7. Pembelian 3 buah submarine – RM4,100,000,000.00 8Skandal PKFZ – RM4,600,000,000.00 9. Skandal OPV (NDSB) bot laju Kementerian Pertahanan – RM6,75 Haa..Yg lain lain tuh pegi baca sendiri.. Lebih bagus jika kita tidak membazir..Bagi saja makanan yang tidak termakan tuh kat orang yg lebih memerlukan!Lagi pun.. Syawal dah nak dekat..Boleh lah simpan duit korang yang banyak tuh beli kuih,baju,makanan atau lain lain untuk Menyambut ketibaan Syawal.. Ataupun sedekahkan kepada pengemis yang berada di tepi-tepi jalan itu..Banyak pahala korang kalau bersedekah pada Bulan Ramadhan Yang Sungguh Mulia Ini.. Sekian terima kasih..Dah penat berhujah kita berehat seketika lah yek.. Selamat Berpuasa dan Menyambut Hari Raya Aidil Fitri ~ Labels: Ramadhan |